Saturday, September 17, 2011

Syaitan Pasti Ketawa


Sunday, August 28, 2011





Syaitan pasti ketawa apabila kita bertemu selepas selesai Ramadhan.... :- 

1. Ramai akan bersolat sunat Aidilfitri tetapi meninggalkan solat subuh yang wajib.

2. Pagi Aidilfitri dimulakan dengan maksiat. Anak ramaja yang khayal bercinta mula mengatur temu janji untuk berdating.Sayang sekali, sebulan Ramadhan menahan diri, namum segalanya musnah di pagi Aidilfitri.

3. Ada yang bertudung litup sepanjang ramadhan tetapi buka-bukaan pada hari Lebaran. Tiba sahaja hari Lebaran pakaian yang dipilih boleh menjejaskan kehormatan. Ada yang jarang, yang ketat, yang terdedah sana sini dan aurat tidak terjaga.

4. " Hari Terbuka " penuh dengan perkara sia-sia ( lagha ) . Ziarah-mengziarahi adalah amalan mulia, apatah lagi dengan mengadakan hari terbuka agar dapat mengukuhkuhkan ukhuwah. namum apa ertinya hari terbuka yang dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh melalaikan, pergaulan tanpa batasan dengan hiburan yang keterlaluan.

5. Ada yang berjimat dalam bulan Ramadhan tetapi melakukan pelbagai pembaziran semasa menyambut Aidilfitri.

6. Ramai yang pasti akan mengumpat dan menfitnah sebagai hiburan dan pengisian acara ziarah-mengziarahi. Hal ini merupakan satu lagi dosa yang mudah kita lakukan semasa meraikan saudara mara serta rakan taulan yang datang bertandang.

7. Pasti ramai melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk agar mendapat pujian. Ini satu lagi penyakit yang melanda apabila musim perayaan. Tak kira tua mahu pun muda , masing-masing berlumba-lumba menunjuk-nunjuk mengikut cara masing-masing. Bak kata orang, " Biar Papa Asal Bergaya ".

8. Ramai akan menonton filem-filem dan rancangan hiburan yang akan merosakkan akhlak, melalui televisyen, VCD, pawagam atau lain-lain sumber. sehingga lalai untuk beribadah. 


SYAITAN PASTI KETAWA BERDEKAH-DEKAH. WALAUPUN SEBULAN SYAITAN BERCUTI , TETAPI MEREKA BAGAIKAN TETAP BEKERJA SEPANJANG BULAN! MANUSIA TETAP JAUH DARI ALLAH DAN SYURGA "



No comments:

Post a Comment

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA