Tuesday, June 8, 2010

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.







Tanggal 30 May 2010, Pada pukul 5.30 petang bertempat di Surau Al-Hidayah TDM, telah berlangsung satu perjumpaan diantara AJK Taman Desa Mekar yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Kamil bin Azahari (Pengerusi TDM) dengan Pihak Pemaju Bandar Baru Jaya Sdn. Bhd. yang diketaui oleh En. Wong Ghee Seng@Teik Chge, En. Haji MD Hashim Nordin, En. Haji Abu Bakar.

Tujuan diadakan perjumpaan ini adalah bagi mendapat kata sepakat diantara pihak Penduduk Taman Desa Mekar Fasa 1,2,3 dan Pihak Pemaju Perumahan berkaitan Penyambungan Paip Pembentungan Bagi Projek Perumahan Fasa 5 dengan logi kumbahan yang sedia ada.

Penduduk Taman Desa Mekar berharap pihak Pemaju dapat menunjukkan bukti dan memberikan jaminan bahawa tidak akan ada masalah yang akan terjadi pada logi pembentungan di masa akan datang jika penyambungan tersebut dibuat.

Kebimbangan Penduduk Taman Desa Mekar ada asasnya, berikutan masalah loji pembentungan "over flow" yang terjadi di Taman Desa Aman, Semua pihak tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikannya, sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada penduduk setempat.

Seperti kata seorang penduduk Taman Desa Mekar, Tuan Azli yang mana penduduk disini membelanjakan wang yang begitu banyak untuk keselesaan kehidupan di sini sehingga akhir hayat, jika berlaku sesuatu perkara yang akan mencemarkan "Environment" sudah tentulah perlaburan yang begitu banyak dihabiskan tidak berbaloi.

Pengerusi Taman hanya meminta pihak pemaju menunjukkan surat yang menyatakan logi kumbahan yang sedia ada dapat menampung jumlah kumbahan dari rumah yang sedia ada termasuklah rumah dari fasa 5. Beserta surat yang menyatakan samada pihak pemaju atau Indah Water akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah di masa hadapan.

Disamping itu juga En. Mohd Zamri membangkitkan Isu Pelan Tapak, Taman desa Mekar yang menunjukkan kawasan tanah Rizab Kerajaan bagi penukaran status tanah kepada Rizab Surau yang dipohon sebulan yang lalu masih tidak ada tindakan.En. Wong Ghee Seng memberi jaminan akan memberikannya, tetapi sehinggalah ke hari ini masih tidak ada perkembangannya.

Berkaitan Masalah selekoh tajam pada jalan utama yang menyusahkan Penduduk Taman turut disuarakan dan sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakkan.

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA