Monday, August 30, 2010

STATUS TERKINI PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR.



Gambar ini diambil pada 30 Ogos 2010.

BERPUASA MENDIDIK KITA BERSEDERHANA DALAM KEHIDUPAN


Antara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat.

Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim besederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.

Kita dilatih berbuka segera dengan tamar dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Makanan yang diambil haruslah tidak berapa berat agar memudahkan seseorang berdiri lama dalam tarawihnya. Adalah dilarang kita menghidangkan terlalu banyak makanan untuk berbuka atau sahur. Kita dituntut untuk tidur seketika pada waktu siang dan malam. Oleh kerana Ramadhan adalah bulan ibadah. Berlebihan tidur pada siang ataupun malam bererti menyia-nyiakan bulan barkah ini.

Pertuturan yang tidak dikawal dalam puasa Ramadhan mungkin memerangkap seseorang itu dalam kancah dosa umpatan atau pembohongan. Kedua-dua itu merosakkan kelebihan puasa. Seseorang akan kehilangan janji rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Kesemua sikap sederhana di atas disimpul dalam hadith baginda yang berbunyi:

اَرْبَعٌ اِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلاَ عَلَيْكَ مِمَّا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ مِنْ طُمْعَةٍ

Empat perkara yang apabila ada padamu, tidak akan merugikan apapun (peluang) dunia daripadamu, iaitu: memelihara amanah, tutur kata yang benar, akhlak yang baik dan bersih dari tamak

(Hadith Riwayat: Ahmad)

Terdapat manusia yang berasa rugi dalam kehidupannya apabila dia tidak berbohong, tidak bercakap banyak dan tidak membolot peluang orang lain. Namun hadith di atas menerangkan sebaliknya, bahawa dunianya tidak akan rugi. Dia akan dipercayai oleh manusia, dan diberkati Allah.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقلْ خَيْرًا اَوْ لِيَصْمُتْ

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam

(Hadith Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Hadith tadi membuktikan bahawa sesiapa sahaja asalkan Mukmin akan mempunyai tabiat yang sama, iaitu setiap perkataannya walau gurauan mengandungi ibadah kerana dia tidak akan berkata kecuali membawa kepada kebaikan. Kata-katanya mengandungi pengajaran supaya masyarakat lebih dekat kepada Allah, mengandungi dakwah, mengandungi ajakan untuk saling Bantu membantu, atau mengandungi kemesraan dan harmoni. Jika dia tidak ada apa-apa yang mahu diperkatakan maka diamnya lebih baik dan diamnya itu juga adalah ibadah.

Ketika kita rasa letih berpuasa jangan diungkapkan sesalan, tetapi hendaklah kita bersabar atas ujian letih yang sedikit itu. Ini adalah sesuai dengan Ramadhan digelar sebagai ‘syahru sabar’, bulan kesabaran.



Friday, August 27, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA CUTI HARI NUZUL AL-QURAN





Saya mewakili AJK Surau dan Induk Taman Desa Mekar mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Jemaah, Penduduk taman Desa Mekar di atas sumbangan wang ringgit, barangan, tenaga dan sokongan moral sehingga Majlis Berbuka Puasa Perdana buat pertama kalinya diadakan berjalan lancar.

Setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memperkenan dan merahmati Majlis kita ini. Insyaallah jika berkesempatan kita boleh melakukannya lagi dimasa-masa akan datang.

Di sepanjang bulan puasa ini, kita juga telah disediakan dengan juadah more selepas Solat Trawikh yang di sediakan oleh setiap kumpulan yang telah ditetapkan. Sambutannya amat menggalakkan.

Di kesempatan ini kami AJK Surau dan Induk Taman Desa Mekar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita sama-sama mengimarahkan lagi surau kita di bulan yang mulia ini. Moga segala usaha kita ini diberkati Allah S.W.T hendaknya...


Baca dan Hayatilah petikan ini yang saya ambil dari blog Catatan Kehidupan.

Daripada Salman al-Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya’ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikanpuasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin.

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.” Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Sesiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa memberi keringanan kepada hamba sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka. Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.”

Biarlah hadis yang agung ini menjadi agenda kita dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Dan jadikanlah segala wasiat Rasulullah s.a.w itu sebagai pedoman hidup kita.

Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang yang berpuasa

1. Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telah pun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib.

2. Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka:

اللهُمَّ لَكَ صُمتُ وعَلىَ ِرزْقِكَ أَفْطَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ, وَبِكَ آمَنْتُ
ذَهَبَ الظَّمْأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ, يَا وَاسِعَ الْفَضْلِ اِغْفِرْ لِي
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezekiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezeki sehingga aku dapat berbuka”.

3. Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

” تَسَحَّرُوا فَإنَّ فِي السّحوِر بَرَكَةً “

Maksudnya: “Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

Melewatkan sahur – selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar – adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.”

4. Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan.

5. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin.

6. Membaca al-Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang.

7. I’tikaf di masjid dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.

Friday, August 20, 2010

BACAAN AL QURAN YANG SANGAT MERDU



Kalau macam niiii bacaan dalam sembahyang ...........!!

ALLAH-HU-AKBAR الله أكبر

Sungguh merdu ayat-ayat quran....

Nescaya Sembahyang Tarawih ramai yang tunggu sampai 20 rakaat...

Tak ada yang nak buat lapan rakaat nyeeee...

Akhlak Muslim Bersiap Menyambut Ramadhan



Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkahan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan, Ramadhan adalah penghulu (pemimpin) dari sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal keistimewaan Ramadhan saja yang akan suka cita bila Ramadhan akan tiba.

Sepatutnya kita harus mempersiapkan diri baik-baik guna menyambutnya.

Bagaimana caranya?
Langkah-langkah berikut ini barangkali boleh membantu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa. Hendaknya kita memasuki dan menjalani puasa dengan pengetahuan, pedoman-pedoman yang baik, serta pengalaman-pengalaman yang telah lalu. Pelajaran itu boleh mengenai rukun, syarat sah, syarat membatalkan, perkara-perkara sunnah dan makruh, serta hikmah yang terkandung di dalamnya.

2. Persiapan rohani, iaitu menenangkan jiwa dalam menghadapi bulan puasa. Rasulullah dan para sahabat mempersiapkan kedatangan Ramadhan sejak enam bulan sebelum bulan tersebut tiba.

3. Memperbanyak doa sejak bulan ini (Rajab dan Sya’ban), semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi kesehatan, tenaga, kelapangan, dan kesempatan mengerjakan puasa. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah supaya kita dapat berpuasa dengan hati yang jujur, tulus dan jauh dari riya’, ujub, dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat untuk melaksanakan satu bentuk latihan dengan sempurna agar kita memperoleh predikat sebagai muttaqin (orang yang bertakwa).

5. Siapkan diri untuk menjalankan puasa dengan perkataan dan perbuatan yang baik dengan sepenuh hati serta ikhlas semata-mata kerana Allah.

6. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan yang memberatkan dan merugikan diri, seperti berbelanja berlebihan, tenggelam dalam hiburan, membuang waktu, dan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Hal tersebut jesteru bertentangan dengan hikmah puasa.

7. Sambutlah bulan puasa dengan cita-cita dan azam (tekad) yang tinggi dengan memperbanyak ibadah, baik siang atau malam. Ini diperlukan untuk melatih diri dan mensucikan jiwa. Caranya dengan mulai melakukan ‘pemanasan’, yakni dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita sejak bulan Rajab dan Sya’ban.

8. Ucapkan tahniah kepada saudara seiman dengan kita. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah senantiasa menggembirakan para sahabat saat kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah menggembirakan para sahabat dengan sabdanya, ”Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperoleh kebajikan pada malam itu, berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.”

Semoga dengan kesungguhan kita dalam menyambut kehadiran Ramadhan, kita bisa meraih kesuksesan dalam menjalankan ibadah puasa.

Friday, August 13, 2010

GOTONG-ROYONG MEMBANCUH SIMEN UNTUK MENURAP JALAN KE SURAU BARU.


MAKLUMAN

KEPADA : SEMUA AHLI KHARIAH SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN DESA MEKAR.

PERKARA : GOTONG-ROYONG MEMBANCUH SIMEN

TARIKH : 4 RAMADHAN 1431 BERSAMAAN 14 OGOS 2010

HARI : SABTU

MASA : AKAN DIMAKLUMKAN KELAK SELEPAS SOLAT SUBUH PADA HARI YANG SAMA.

TEMPAT : TAPAK SURAU BARU


Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan" (Al-Ma'idah : 02)


DIHARAP PARA AHLI KHARIAH YANG BERKELAPANGAN DAPAT MENGHADIRKAN DIRI.

UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN AKTIVITI INI.

WASSALLAM.

JADUAL NAMA IMAN DAN BILAL SOLAT TARAWIKH TAHUN 1431H.

JADUAL GILIRAN MORE SEMPENA BULAN RAMADHAN 1431h MENGIKUT KUMPULAN RONDAAN.

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Hasil daripada mesyuarat, para jemaah bersetuju untuk mengadakan moreh selepas solat trawikh mengikut kumpulan rondaan.

Satu hari telah dipilih bertepatan pada hari Nuzul Al-Quran akan diadakan majlis Berbuka Puasa Perdana yang mana akan melibatkan semua Ahli Khariah Taman Desa Mekar.

Seperti biasa segala perbelanjaan untuk menampung aktiviti ini akan diperolehi daripada sumbangan Ahli Khariah sendiri secara ikhlas.

Menu juadah berbuka puasa pada hari tersebut akan diputuskan di dalam mesyuarat AJK Surau dan Ahli Jemaah pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Harapan Agar segala aktiviti ini berjalan lancar dan di perkenankan oleh Allah S.W.T. Amin....


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Assalamualaikum w.w.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Disini ada serba sedikit maklumat berkaitan puasa yang telah saya petik dari laman web untuk renungan kita bersama.

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun.

Sunday, August 8, 2010

KEMATIAN DI TAMAN DESA MEKAR, FASA 2.



Assalamualaikum w.w

Ahad, 8 August 2010 bersamaan 27hb Syaaban 1431. Ada kematian di Taman Desa Mekar Fasa 2.
Selepas solat Maghrib para jemaah dari surau Taman Desa Mekar telah menziarahi keluarga Allahyarham Fadil ( anak pakcik Sabli) dirumah Ayahnya.

Mayat akan dikebumikan pada hari Isnin 9 August 2010 bersamaan 28hb Syaaban 1431 jam 11.00 pagi di Masjid Batu Lima.

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Fadil...Moga-moga Allah tempatkan Rohnya bersama Roh-roh orang yang beriman, Amin.......

Al-Fatihah...

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA