Saturday, May 28, 2011

GOTONG ROYONG MENAMBAH RUANG SOLAT SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN DESA MEKAR, PARIT BUNTAR.


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya, blog Surau Alhidayah dapat di kemaskini. Pada hari ini telah berlangsungnya gotong-royong menambah ruang solat wanita dan kanak-kanak bagi persediaan menempuh bulan Ramadhan yang akan datang. Jika ruang solat utama dapat menampung jemaah dalam satu-satu masa lebih kurangi 40 oarang, kini surau Al-Hidayah dapat menampung sekitar 80 orang.

AJK surau dan Taman mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong ini yang diketuai oleh Pengerusi Taman sendiri iaitu ustaz Kamil.

Rata-rata penduduk yang hadir pada hari ini menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kerja-kerja penambahan ini. Tapi apakan daya, kuderat yang ada tidak dapat bertahan lama. Selepas solat zuhor kerja-kerja ini telah siap dan Insyaallah jika ada sumber kewangan yang mencukupi kerja-kerja penambahan dan pembaikkan Surau Al-Hidayah akan diteruskan lagi.

Di kesempatan ini AJK surau dan Taman mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk Taman yang sudi menyumbangkan wang ringgit, tenaga, sokongan dan doa agar Surau Al-Hidayah ini akan terus mendapat perhatian.

Bagi pihak AJK Surau dan Taman, saya ingin memaklumkan, sesiapa sahaja yang ingin meyumbang/ mewakafkan wang ringgit bagi meneruskan pembinaan surau Al-Hidayah sehingga Siap sepenuhnya bolehlah menyumbang/mewakafkan melalui akaun bank yang tertera pada sebelah kanan posting ini atau terus kepada Pengerusi surau, Pengerusi taman dan juga AJK surau. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Untuk makluman semua satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat telah diadakan di surau Al-Hidayah pada malam jumaat semalam (26 Mei 2011), agar kesejahteraan penduduk di taman Desa Mekar akan terus dilindungi Allah S.W.T.

Semoga segala aktiviti yang dirancangkan mendapat rahmat dan keberkataan dan seterusnya merapatkan lagi ukhwah sesama penduduk Taman desa Mekar Amin....

Gambar-gambar sekitar gotong royong penambahan surau Al-Hidayah :



















MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA