Hari ini jemaah kita dan juga Penasihat Jawatan Kuasa Penduduk Taman Desa Mekar Tuan Haji Yaakob bin Mohammad bersama isteri akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Semalam telah diadakan kenduri bacaan Yasin. Marilah kita sama-sama berdoa agar Pak Njang dan Isteri selamat menunaikan ummrah, semoga kesejahteraan mereka dipelihara Allah..Amin....
Saturday, February 9, 2013
RAKAMAN SEPANJANG CERAMAH MAULIDURRASUL.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya maka majlis pada malam tersebut berjalan dengan lancarnya.
Saya mewakili Jawatan Kuasa Taman dan Jawatan Kuasa Surau Al-Hidayah Tamn Desa Mekar mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah Surau Al-Hidayah, kerana telah sudi meluangkan masa mengikuti majlis ini.
Jutaan terima kasih juga kepada Penceramah Jemputan Al-Fadhil Ustaz Naem, kerana kesanggupan beliau datang dari Baling semata-mata untuk memenuhi jemputan ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segaja jasa baik tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang turut sama mengimarahkan surau kita ini. Amin... Amin ... Amin...Ya Rabbalngalamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)