Friday, May 31, 2013

MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK CIKGU RAHIM


Pada besok hari, tanggal 1 Jun 2013, terdapat Majlis Kenduri Kahwin anak Cikgu Rahim di Taman Desa Mekar. Apa yang menarik mengenai Majlis Kenduri ini adalah, buat julung kalinya kenduri ini menggunakan khidmat kariah jemaah Penduduk Taman Desa Mekar. Ia merupakan Majlis Pioneer yang menggunakan khidmat masakan daripada ketua Chef yang sedia ada iaitu Chef Agus Salim dengan dibantu oleh anak buahnya yang terlatih. Begitu juga dengan bahagian menghidang, bentara, mencuci dan sebagainya telah pun memiliki ketua-ketua yang cukup terlatih.

Pada hari ini sudahpun berjalannya majlis akad nikah pada pukul 11.00 tengahari dan diikuti majlis khatam Quran dan Marhaban selepas Solat Insya'. Majlis pada malam ini sungguh meriah sekali.

Bahagian makanan yang diketuai oleh Chef Agus Salim telah menyediakan khidmat yang terbaik sekali, menu   masakan pada malam ini adalah sup tulang, kurma kambing, ikan masin goreng, sambal, jelatah, nasi putih dan nasi briani serta air sirap.

Bahagian yang terpenting juga adalah bahagian mencuci pinggan dan cawan. Pada malam ini juga telah bermula sesi membasuh pinggan, cawan dan segala alatan memasak yang di ketuai oleh Cikgu Ahmad Shah dengan dibantu oleh kakitangannya yang terlatih.

Admin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan rumah Cikgu Rahim, isteri dan anak-anak yang telah menjemput kami semua. serta menyediakan segala keperluan pada malam ini. 

Akhir sekali tidak dilupakan kepada ahli kariah Surau Al-Hidayah Taman Desa Mekar yang diketuai oleh Pengerusi Taman iaitu cikgu Zubir, serta ahli-ahli lain yang sempat Admin tuliskan seperti Cikgu Azmi, Cikgu Azli, Pegai PPD Tuan Fadzli, En. Shukor, Cikgu Naim, Cikgu Jalil, Pakcik Shukor,Ustaz Rock, Pakcik, Yeop, Ustaz Shah, En. Razak dan ramai lagi.... Jadi besok kita jumpa lagi....




MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA