Saturday, November 20, 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya maka majlis pada hari ini berjalan dengan lancar. Seawal 7.00 pagi sudah rami orang berada di tempat majlis diadakan iaitu di sekitar surau Al-Hidayah. Selepas selesai bersarapan majlis aqiqah dan korban pun dimulakan pada jam 8.00 pagi. Acara penyembelihan dilakukan Oleh Ustaz Suhaili dengan dibantu oleh rakan-rakan yang berpengalaman.

Semua AJK pengelola berada di tempat majlis berlangsung di bawah seliaan Ustaz kamil dan ustaz Zaini, majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih kepada Cikgu Zubir yang mengetuai kumpulan di bahagian menyediakan prasarana seperti khemah untuk kemudahan kerja-kerja pembahagian daging dan proses menyediakan bahan masakan.

Selepas selesai proses penyembelihan 2 ekor lembu aqiqah dan 2 ekor lembu korban, proses melapah dan mengagihkan daging korban serta daging aqiqah yang dimasak dapat dijalankan sekitar jam 12.00 tengahari.

Bahagian melapah daging yang diketuai oleh En Sulaiman dan dibantu rakan-rakan lain sungguh efficiant sekali yang membolehkan daging yang hendak dimasak dan diagihkan mentah siap pada masa yang telah ditetapkan. Dengan bantuan penimbang yang juga tidak kurang hebatnya dari vetran-vetran taman desa mekar.

Bahagian masakan di ketuai oleh En. Agus Salim yang berpengalaman luas di dalam bidang ini dan dibantu rakan-rakan lain yang sama hebatnya.

Bahagian Agihan Daging diketuai oleh En. Mazrul dan dibantu rakan-rakan lain.

Manakala bahagian yang amat penting juga iaitu penyediaan air minuman yang telah bermula sejak semalam lagi yang diuruskan oleh orang yang berpengalaman di dalam bidang ini iaitu En. Razak.

Ahli Jawatan Kuasa Pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Desa Mekar, Tuan-tuan dan Puan-puan yang mengambil bahagian dalam Majlis Aqiqah dan Korban, Anak murid Ustaz Kamil, serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik tuan-tuan semua...
















Syabas kepada semua yang menjayakan majlis ini...



Monday, November 8, 2010

MAJLIS KORBAN DAN AQIQAH



Bersempena menyambut ketibaan Hari Raya Haji, AJK Taman dan Surau serta Ahli Qariah Taman Desa Mekar akan mengadakan Majlis Korban dan Aqiqah seperti berikut:

HARI : SABTU
TARIKH : 20 NOVEMBER 2010
MASA : 7.00 PAGI
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR.

( Hari Ahad - 14 Nov. 2010, selepas Asar ===> Pasang Khemah)
( Hari Jumaat - 19 Nov. 2010, selepas Insyak ===> aktiviti memotong bahan-bahan masakan)

Dengan ini semua kaum muslimin dijemput hadir untuk sama-sama menyertai gotong-royong memasang khemah, memotong bahan-bahan masakan, melapah lembu, memotong daging, memasak dan mengagihkannya kepada penduduk taman dan sekitarnya, mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Diminta juga kaum muslimin membawa peralatan sendiri seperti pisau, kapak, papan cincang dan sebagainya jika difikirkan bersesuaian dengan majlis ini.

Kehadiran kaum muslimin yang ramai akan memeriahkan lagi Majlis ini, insyaallah...

Thursday, October 21, 2010

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ NAIM.




Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, maka Surau Al-Hidayah, Taman desa Mekar dapat mengadakan satu Majlis Ilmu pada 21 Oktober 2010 selepas solat Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim. Harapan daripada AJK Surau agar majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang Insyaallah.


Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."




KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azzawa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu. "

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."

(hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)




Thursday, October 14, 2010

KEDUDUKAN KEWANGAN SURAU AL-HIDAYAH YANG TERKINI


Untuk makluman Ahli Khariah surau Al-Hidayah Taman desa Mekar. Sehingga disaat penulisan ini, duit surau Al-hidayah berbaki RM 205.60.

Jadi kepada sesiapa yang ingin mewakafkan duit bagi kerja-kerja menyambung pembinaan surau ini yang terhenti sehingga siap boleh lah berhubung dengan mana-mana AJK surau atau masukkan ke dalam akaun Bank Islam seperti tertera di dalam blog ini.

Semoga dengan sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan surau ini dapat menampung lebih ramai lagi jemaah dimasa-masa akan datang. Buat masa kini ruang solat utama hanya memuatkan seramai 40 jemaah pada satu-satu masa dan terdiri dari kalangan jemaah lelaki. Harapan dengan siapnya surau ini kelak ia juga dapat menampung jemaah wanita dan kanak-kanak.


Menurut ijma’ ulama , hukum segala jenis pemberian, samaada atas nama sedekah, hibah, hadiah, derma atau sebarang bantuan adalah sunat kerana pemberian itu satu kebajikan, ketaatan dan belas kasihan. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih saying, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran , sebagaimana firman Allah:



وتعاونوا على البر والتقوى

(سورة المائدة: 2)

Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.”
( Surah al-Maidah: 2)
Galakan Sikap Suka Memberi.

Galakan suka memberi itu juga ada di sebutkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam di dalam hadis-hadis Baginda supaya umatnya sentiasa berkasih saying sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh Baginda dalam sabdanya:

تصافحوا يذهب الغل وتهادوا تحابوا وتذهب السحناء

(رواه مالك)

Maksudnya: “Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki ( iri hati) dan beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan.”

(Hadis riwayat Malik)
Sikap saling memberi dapat melahirkan kasih saying sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas seperti ada tujuan lain di sebalik pemberian itu, berpura-pura atau ria' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau sekecil manapun disebut melaui sabda Baginda :

يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن شاة

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Wahai perempuan-perempuan muslimat, janganlah kamu menghina seorang jiran (yang menghadiahkan) kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Di antara hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang lain menggambarkan galakan tentang sikap suka memberi itu ialah :

خرج النبي صلى الله عليه وسلم يوم عيد فصلى ركعتين لم يصل قبل ولا بعد ، ثم مال على النساء ومعه بلال فوعظهن أن يتصدقن فجعلت المرأة تلقى القلب والخرص

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Nabi Shallallahu alaihi wasallam suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang Hari Raya, lalu Baginda bersembahyang dua Rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang Hari Raya sebelum ia di perintahkan dan sekalipun selepasnya.kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, (maka atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan).”

(Hadis riwayat Bukhari)
Sabda baginda lagi ketika di atas Mimbar :

وذكر الصدقة والتعفف والسألة اليد العليا خير من اليد السفلى فاليد العليا هى المنفقة والسفلى هى السائلة

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Dan baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tanagn yang di bawah adalah yang meminta.

(Hadis riwayat Bukhari)

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH



Untuk makluman para ahli khariah Taman Desa Mekar, Pada tahun ini taman kita akan mengadakan Ibadah Qurban dan Aqiqah sempena Hari raya Korban.

Berikut adalah status bahagian yang telah diambil oleh ahli kariah Taman Desa Mekar:

Qurban :

Lembu pertama : penuh

Lembu kedua : masih ada 4 bahagian

Aqiqah :

Lembu pertama : penuh

Lembu kedua : masih ada 4 bahagian


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah berhubung dengan En. Mazrul, Ustaz Kamil dan En. Shamsul x-ray.

Ibadah Qurban dan Aqiqah ini juga terbuka kepada Indivividu lain yang tidak tinggal di Taman Desa Mekar tetapi berminat untuk menyertainya.

KULIAH MAGHRIB


Surau Al-Hidayah, Taman Desa Mekar akan menganjurkan Kuliah Maghrib seperti berikut :

Tarikh : 21 / 10 / 2010

Hari : Khamis

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Naim

Dengan itu, Muslimin dijemput hadir.


Monday, October 4, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN DI SURAU AL-HIDAYAH BARU.


Satu Majlis Bacaan Yasin telah diadakan pada 1 Oktober 2010 selepas solat Magrib. Bacaan Yasin ini di ketuai oleh Pengerusi surau iaitu Ustaz Zaini.













PENGUNAAN SURAU BARU PADA 1 OKTOBER 2010


Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya maka Surau Al-Hidayah telah mula di gunakan pada waktu subuh 1 Oktober 2010. Pada sebelah malamnya selepas solat magrib diadakan bacaan yasin. Dan sedikit jamuan di hidangkan kepada para jemaah selepas solat Insya'. Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir pada malam tersebut dan diharapkan jemaah kita akan terus bertambah dari masa ke semasa dan Insyaallah Ahli Jawatan Kuasa Surau akan Berusaha untuk mendapatkan lagi dana bagi menyiapkan lagi sebahagian surau ini bagi menampung bilangan jemaah yang akan bertambah di masa akan datang.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada individu yang menyediakan makanan dan minuman pada malam tersebut.

Disini saya mewakili AJK Surau dan Taman, mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga penduduk Taman Desa Mekar yang terus menerus memberi sokongan dalam pembinaan surau ini dari segi wang ringgit , tenaga dan sokongan moral. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan.

Kepada individu yang bertungkus lumus membanting tulang dan keringat dalam menyiapkan surau ini juga diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa tuan-tuan.




Tuesday, September 28, 2010

GOTONG-ROYONG PINDAH BARANG KE SURAU BARU

ASSALAMUALAIKUM W.W

KEPADA : SEMUA PENDUDUK TAMAN DESA MEKAR

PERKARA : GOTONG ROYONG MEMINDAHKAN BARANG KE SURAU BARU

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2010

HARI : RABU

MASA : LEPAS SOLAT INSYA'

DIHARAP SESIAPA YANG BERKELAPANGAN BOLEHLAH BERSAMA-SAMA MENYERTAI GOTONG ROYONG INI.

GEGALA SUMBANGAN DAN KERJASAMA ANDA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH. HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASA BAIK ANDA AMIN YA RABBALALAMIN...

Tuesday, September 21, 2010

LAWATAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM PARIT BUNTAR KE TAPAK PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH.


Hari ini selasa 21 September 2010 bersamaan 12hb Syawwal 1431H, Taman desa Mekar telah dikunjungi oleh Pegawai dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Pejabat Pentadbiran Daerah Parit Buntar Puan Siti Misbahani bt Mohd Saad Pembantu Tadbir (P/O) dan Pn. Nur Hidayah binti Mohamad Shaiful Bahri Pembantu Tadbir (Kew). Mereka telah membuat tinjauan di tapak pembinaan surau bersama-sama dengan AJK Pembinaan Surau Al-Hidayah Taman Desa Mekar.



Pihak MAIPk Daerah Parit Buntar memberi sokongan sepenuhnya di atas pembinaan surau ini. Pihak MAIPk juga akan memberi kerjasama dalam mendapatkan peruntukan untuk menambah dana bagi menyiapkan pembinaan surau yang sedia ada.

Mengenai surau baru yang memerlukan peruntukkan RM200 ribu adalah di dalam proses permohonan. jadi buat masa ini Pihak AJK Pembinaan Surau akan berusaha untuk menyiapkannya secepat yang mungkin sehinggalah ia dapat digunakan pada bulan Oktober tahun ini. Jadi marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan agar pembinaan surau yang sedang dijalankan ini akan siap secepat mungkin. Insyallah...

Status pembinaan Surau Al-Hidayah, Taman desa Mekar sehingga ke saat ini :




Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli Khariah Surau Al-Hidayah, Taman desa Mekar.

Thursday, September 2, 2010

HUKUM BERSALAM SELEPAS SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله الأمين وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Petikan Dari :halaqah.net

« pada: 11 October, 2009, 06:02:30 PM »


Soalan :

Apakah hukum berjabatan tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah selesai solat?

Jawapan :


Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya.
Imam Nawawi berkata,

Quote
"Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama."
(Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).


Ibnu Baththal berkata,
Quote
"Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama' umumnya."
(Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426).



Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka'ab bin Malik RadiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

Quote
"Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu 'anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku."
(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 : Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)



Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu 'anhu, bahawa beliau berkata,
Quote
"Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? " beliau (Anas radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Ya"
(Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban, Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245).

Hadith yang diriwayatkan daripada Atha' bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :

Quote
"Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). "
(Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)



Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama' yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid'ah hasanah, atau bid'ah yang mubah (diharuskan).


Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :
Quote
" Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya adalah mubah (harus)"
(Imam Nawawi, Al Majmu' vol 3, hlm 469-470)



Al Hashkafi berkata,

Quote
"Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq 'bersalaman setelah selesai solat' tanpa mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu', al Multaqa' dan selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat Asar."

Adapun ucapan mereka.
Quote
"Sesungguhnya itu bid'ah maksudnya adalah bid'ah hasanah yang diperbolehkan' sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. "
(Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah 'Abidin di bahagian tepinya, vol 6, hlm 380)


Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan berkata :...

Quote
"Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi) dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. "

(Ibnu Abidin Radd al Muhtar 'Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu 'Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah sunnah secara mutlak.

Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu 'anhu dan Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

Quote
"RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam berwuduk kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu 'anhu berkata, "Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) dan aku meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam) lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) ".
(Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 3, hlm 1304)



Al Muhib At Thobari berkata,
Quote
"Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri, dan seumpamanya.
Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid'ah ke dalam 5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :

Quote
"Bid'ah-bid'ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar."
(Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa'id al Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)



Imam Nawawi berkata, "Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :
Quote

Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata'ala merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid'ah yang mubah (harus) ; tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik. Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus), sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berdasarkan ijma' yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu (bersalaman).
(Imam An Nawawi, Al Majmu', vol 3, h;m 469-470)

Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini (bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang 'ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber :
Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

SIAPA PENGHUNI SYURGA?


“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)

Oleh: www.hamizul.com

Syurga dan neraka termasuk dalam perkara ghaib dan ‘sam’iyat’ yang wajib kita beriman kepadanya. Allah SWT menukilkan ratusan kali perihal syurga dan neraka, agar manusia merasa terpanggil untuk membuat amal sebagai bekal ke sana. Amal baik bekal ke syurga, meninggalkan amal buruk pula sebagai modal dijauhkan daripada neraka.

Pada musim Israk dan Mikraj ini, maka kita kembali diseru agar menghayati kronologi perjalanan Nabi Muhammad SAW ke langit hingga melepasi Sidratul Muntaha. Nabi SAW ditemani Jibril a.s, sahabat langit yang setia. Mereka melewati pelbagai jenis tempat dan bertemu pelbagai jenis manusia. Kemuncaknya, Nabi SAW dianugerahi Allah SWT hadiah berupa solat. Solat itulah waktunya kita berbisik-bisik dan berbual-bual dengan Allah SWT secara penuh ‘privasi’– itu pun andai kita memahami maksud apa yang kita sebut dan baca di dalamnya.

Namun, penulisan ini tidak berniat untuk mengupas perihal solat. Insya-Allah, pada lain kesempatan kita akan mengupasnya. Sesungguhnya, ada sesuatu yang lain, yang tidak kurang menarik untuk kita perhatikan lewat peristiwa Mikraj Nabi SAW ke langit. Itulah saat nabi dibawa oleh Jibril a.s menziarahi syurga dan neraka. Maka, apa yang nabi perhatikan di sana?

Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)

Sesuatu yang perlu dikaji, kenapakah di dalam syurga ramai kaum fakir dan miskin? Di mana orang kaya? Menurut ilmu lughah atau Bahasa Arab, dalam konteks yang sama kita diberitahu perkara sebaliknya iaitu disebut mafhum mukhalafah (makna di sebaliknya), iaitu tidak ramai orang kaya di syurga. Aduhai, di mana orang kaya? Apa pula kelebihannya si fakir dan miskin sehingga mereka pula yang meramaikan syurga?

Inilah senario yang kena kita perhalusi bersama. Adakah Islam begitu memuliakan orang-orang fakir dan miskin sehingga di dunia ini kita wajar memilih untuk menjadi orang miskin dan hidup dalam papa kedana? Pada masa yang sama, adakah kita diberitahu bahawa kita hendaklah menjauhi kekayaan dan menolak kebendaan?

Jika demikian keadaannya, bukankah Islam juga menyeru kepada kita agar mencari kebendaan dan nikmat duniawi? Bukankah Islam amat menegah kehidupan yang meninggalkan keduniaan ala pertapaan (yang kononnya hidup menjamah bertih beras empat purnama lamanya)?

Bukankah Allah SWT sendiri menegaskan: “Kemudian setelah selesai (kamu) mendirikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah…,” (al-Jumu’ah:10)

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran mahu pun saranan daripada sunnah Rasulullah SAW, agar umat Islam hidup dalam kekayaan. “Tdak dianggap baik orang yang meninggalkan dunianya kerana akhirat, dan tidak juga orang yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya.Sehinggalah mereka memperolehi kedua-duanya sekali,” jelas nabi melalui riwayat Ibnu ‘Asakir. Jadi, adakah berlaku suatu kontradiksi di sini?

Hakikatnya, tiada pertentangan sama sekali. Jika kita merenung kepada mafhum hadis di atas, bahawa ramainya orang miskin di syurga, maka ada sesuatu yang patut kita pelajari daripadanya. Iaitu, jika orang kaya mahukan syurga, maka mereka mestilah berhati-hati dalam mengendalikan harta kekayaannya. Misalnya, wajib dilunasi zakat hartanya, diringi pula sedekah kepada sesama manusia. Baharulah harta itu tidak menjadi bebanan di akhirat sana.

Dalam konteks yang lain, orang-orang miskin memang patut dianugerahi Allah SWT kelebihan di akhirat, kerana sejak di dunia lagi mereka sudah begitu banyak bersabar menahan ujian kesusahan. Mereka selalu kelaparan kala orang kaya kekenyangan, mereka hidup serba kepayahan kala orang kaya dalam dakapan kesenangan dan mereka banyak berkorban kala si kaya menikmati pelbagai kelebihan. Kita ambil contoh dalam majlis kenduri sahaja sudah memadai, siapakah dianggap VIP,si miskin atau si kaya?

Justeru, itulah senarionya di dunia ini. Si kaya hidup mereka sering diulit kemewahan; si miskin digayuti kesengsaraan. Maka tidak peliklah mereka diberikan ganjaran berupa syurga oleh Allah SWT, sebagai imbalan terhadap kesabaran mereka di dunia ini. Dengan syarat mereka menjadi si fakir yang taat dan si miskin yang ahli ibadat. Jika mereka taat, sabar dan kuat imannya, percayalah, mereka akan memasuki syurga Allah SWT 500 tahun lebih awal* berbanding dengan orang-orang kaya di dunia ini yang pasti sahaja banyak hisabnya di akhirat sana. Wallahua’lam.

* (Mafhum hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a).

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA