Thursday, October 21, 2010

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ NAIM.




Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, maka Surau Al-Hidayah, Taman desa Mekar dapat mengadakan satu Majlis Ilmu pada 21 Oktober 2010 selepas solat Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim. Harapan daripada AJK Surau agar majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang Insyaallah.


Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."




KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azzawa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu. "

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."

(hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)




No comments:

Post a Comment

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA