Monday, August 22, 2011

MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO' SHAM BIN MAT SAHAT



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya maka majlis pada kali ini berlangsung dengan jayanya. Tanggal 22 Ogos 2011, jam 6.40 petang, bertempat di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Mekar. Ramai penduduk taman telah menunggu ketibaan YB Dato' Sham bin Mat Sahat, dalam suasana hujan renyai-renyai dan nyaman sekali .

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tetamu jemputan kehormat iaitu YB Dato' Sham bin Mat Sahat bersama pengerusi PLB dan rakan-rakan pengiring kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai majlis berbuka puasa kali ini. Terima kasih juga kepada tetamu jemputan lain yang turut sama menjayakan majlis pada malam ini.

Di kesempatan ini juga saya mewakili penduduk Taman Desa Mekar menyatakan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana merialisasikan hajat penduduk taman yang ingin bersemuka dengan YB Dato' Sham secara terus. Walaupun pada awalnya majlis dirancang pada hari sabtu yang lepas, YB dato' Sham tidak dapat hadir disebabkan ada jemputan lain, tapi kali ini YB Dato' sudi memperuntukkan masa untuk turut bersama dengan penduduk Taman desa Mekar pada hari ini. Pertemuan kali ini memberikan harapan baru kepada penduduk taman Desa Mekar, kerana YB Dato' telah sudi menyediakan sedikit peruntukkan untuk menyiapkan surau yang serba kekurangan ini.

Dengan adanya peruntukkan ini maka surau Al-Hidayah ini dapatlah disiapkan dan dapat memberi sedikit keselesaan kepada penduduk taman untuk beribadah. selain itu pelbagaai aktiviti dapat dilaksanankan pada masa-masa akan datang.. terima kasih YB....

Sekalong penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa Penduduk Taman Desa Mekar di atas penganjuran majlis ini. Tidak dilupakan juga kepada individu yang menyediakan bajet untuk jamuan pada majlis kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan.

Setinggi ucapan terimakasih kepada ketua Chef En. Agus Salim yang mengetuai rakan-rakan lain dalam menyediakan juadah berbuka, sejak dari pagi lagi sehinggalah ke petang.

Buat rakan-rakan yang banyak membantu dari permulaan majlis dalam menghidang, menyusun dan menguruskan majlis pada malam ini sehinggalah proses terakhir iaitu mengemas dan membasuh. Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas segala penat jerih tuan-tuan semua..

Diharap pada masa-masa akan datang lebih banyak aktiviti dapat dijalankan dibawah pimpinan baru Cikgu Ahmad Zubir dan juga barisan AJKnya yang mantap serta sokongan daripada semua penduduk taman... Syabas dan Tahniah........


Rakaman Gambar sepanjang YB Dato' Sham bin Mat Sahat bersama penduduk Taman Desa Mekar dalam Majlis ini :

YB Dato' Sham bin Mat Sahat disambut oleh
Penasihat Penduduk Taman Desa Mekar Tuan Haji Yaakob.

Wajah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Setiausaha Penduduk Taman Desa Mekar, Cikgu Mohd Zamri
berbincang dengan YB Dato' mengenai peruntukkan yang akan dipohon,
sambil diperhatikan oleh Pengerusi Taman Cikgu Zubir.








Majlis tahlil diketuai oleh En. Taib
dan bacaan doa kedua oleh Ustaz Zaini.

Pengerusi PLB mengaminkan Doa.

YB Dato' Sham bersama Pengerusi taman dan
yang lain mengaminkan Doa.


YB Dato' sedang memberikan ucapan ringkas buat
penduduk taman sebelum tiba waktu berbuka puasa.



YB Dato' sedang menikmati juadah berbuka puasa,
pusingan pertama bersama-sama jemaah lain.






Majlis berbuka puasa juga turut disertai anak-anak jemaah taman
yang bakal mewarisi pentadbiran taman suatu ketika nanti.


Penasihat taman sempat berseloroh dengan Cikgu Sulaiman,
naib setiausaha penduduk Taman Desa Mekar.



YB Dato' sempat beramah mesra bersama penduduk taman
sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah.




Ketua Chef, En. Agus Salim sedang menguruskan
juadah kedua untuk jemaah selepas solat maghrib.

YB Dato' meluangkan masa untuk sama-sama solat maghrib berjemaah
bersama-sama penduduk Taman Desa Mekar.


Solat Maghrib diimamkan oleh ustaz Zaini





YB Dato' sedang menjamu selera pada sesi kedua
selepas solat maghrib bersama-sama jemaah.



Pengerusi Taman Cikgu Zubir, bersama
Naib Pengerusi Surau Al-Hidayah Ustaz Zaini.



YB Dato' bersalam-salaman dengan jemaah sebelum
meninggalkan majlis.



Rakan-rakan yang bertungkus lumus membasuh tray,
pinggan mangkuk dan periuk. Terima Kasih daun keladi.

Cikgu Shah sempat membersihkan ruang solat wanita
selepas majlis selesai, untuk persediaan solat Insya' dan Trawikh.

Last But Not Least

Jumpa lagi YB Dato' Sham bin Mat Sahat......

No comments:

Post a Comment

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA