Pada hari ahad, 28 hb Ogos 2011, jam lebih kurang pukul 11.30 pagi, sebaik sahaja saya sampai kerumah selepas membeli belah di pekan Ahad, Titi Serong. Saya terdengar deruman enjin kereta yang sangat kuat, dan saya terus melihat kearah bunyi tersebut, lantas ternampak sebuah kereta kancil meluncur dengan laju meredah pagar dan tembok kaki jalan terus melambung dan jatuh kedalam longkang berdepan dengan rumah saudara Azman.
Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan dalam masih keadaan terkejut saya nampak saudara Ahmad Adzri keluar dari kereta tersebut. MasyaAllah, terkejut juga melihat kejadian tersebut. Tetapi saya tetap Bersyukur kepada Allah, kerana telah melindungi saudara Adzri daripada musibah yang lebih besar pada hari-hari terakhir berpuasa. Saudara Adzri tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma keretanya sahaja mengalami sedikit kerosakkan pada bahagian pintu kerana terkepit diantara tiang elektrik dan tiang tong sampah.
Berikut adalah gambar-gambar pada kejadian tersebut :
No comments:
Post a Comment