Suasana semangat gotong royong menyediakan juadah berbuka puasa minggu pertama di surau Al-Hidayah yang diketuai oleh Ketua Chef Agus Salem. Ramai rakan-rakan turut membantu menyediakan bahan dan memasaknya sehinggalah prosess membungkus untuk diagihkan kepada para peserta more dan juga untuk berbuka di surau.
Rasa terkilan juga sebab saya hanya sempat mengambil gambar rakan-rakan dan tidak berkesempatan untuk membantu di sebabkan saya mempunyai urusan lain untuk menguruskan Ayahmertua yang berada di ICU Hospital Taiping.
Saya hanya sempat berulang alik dari rumah ke Hospital Taiping selama 4 hari dari hari rabu hingga hari sabtu. Bermula hari Ahad ayahmertua minta di bawa balik kerumahnya. Saya dan keluarga yang lain hanya sempat menjaga dan menguruskannya selama 2 hari sahaja dan pada hari ke-3 (rabu 9 Ramadhan 1432) Arwah telah dijemput mengadap Ilahi. Allah lebih menyayanginya, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman Amin... Amin... Ya Rabbalngalamin.....
No comments:
Post a Comment