Alhamdulillah berkat kutipan duit more daripada penduduk taman, maka pelbagai hidangan masakan dapat disediakan. Aktiviti gotong-royong ini disertai oleh penduduk taman yang berkelapangan. Di samping menyediakan juadah berbuka, dapat juga para peduduk beramah mesra, saling bertanyakan khabar antara satu sama lain. Seperti biasa, ketua chef kita yang tak asing lagi Chef Agus Salim akan memastikan semua kerja-kerja menyediakan juadah berbuka puasa ini berjalan lancar. Terima kasih juga kepada para sahabat lain yang berganding bahu dalam menyediakan juadah ini, yang sentiasa setia dari pagi lagi dengan menyediakan bahan masakan sehinggalah ke petang sehingga selesainya kerja-kerja mengagihkan juadah berbuka kepada penduduk taman dan menyediakan bufet untuk jemaah yang akan berbuka di surau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment