Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T walaupun hujan turun dengan lebat, kerja-kerja menyediakan juadah berbuka puasa tetap diteruskan sehinggalah selesai. Kesemua Chef-chef sedang sibuk dengan tugas masing-masing, ada yang menyediakan bahan, memasak, membasuh, mengemas, membungkus dan mengagihkannya kepada penduduk taman.
Semangat bekerjasama dan toleransi amat baik sekali, walaupun di bulan puasa ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu, kerja yang berat menjadi ringan. Tepat pada masanya semua hidangan siap disediakan untuk tetamu yang akan berbuka puasa di surau. Kerja-kerja mengagihkan lauk-lauk juga selesai tepat pada masanya...
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja meyediakan makanan more kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka semua....
Beginilah suasana memasak di dalam cuaca hujan.
Ketua Chef sedang berbincang dengan Cikgu Sulaiman.
Bincang apa ye...??
Blogger tengah aksyen masak kari.... nak juga masuk blog sendiri..
Ustaz Shahrizal dan Cikgu Sulaiman sedang membungkus
kari ikan bawal.
Kerja-kerja membungkus sedang dilakukan oleh
Cikgu Tuan Fadli dan rakan-rakan
Pengerusi taman, Cikgu Zubir sedang menyenduk acar.
Ustaz Zaini, AJK surau sedang membungkus daging masak
kurma untuk diagihkan kepada penduduk taman.
No comments:
Post a Comment