Friday, January 25, 2013

RAKAMAN GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI KAYUHAN DHUHA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1434 H.


Berikut adalah gambar-gambar di sepanjang aktiviti Kayuhan Dhuha. Sebelum acara kayuhan Dhuha diadakan terlebih dahulu para peserta menunaikan solat Sunat Dhuha, berselawat kepada junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W., acara panaskan badan dan seterusnya kayuhan basikal pun bermula. 

Alhamdullillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. Cuaca pada pagi ini sungguh nyaman sekali, berikutan semasa Qiamullail diadakan pada pagi tadi hujan turun renyai-renyai sehinggalah ke pada pukul 8.00 pagi.

Semasa aktiviti Kayuhan Dhuha diadakan, cuaca baik sekali, hujan sudah pun berhenti dan susana nyaman pagi amat terasa. Di sepanjang perjalanan menggelilingi taman, suasana aman terasa kerana hari ini adalah hari cuti umum dan juga baru lepas hujan, jadi tidak ada banyak kenderaan keluar masuk ke taman.

Program ini berjalan dengan lancar sekali. sehinggakan selepas membuat pusingan menggelilingi taman, tanpa dirancang aktiviti secara "ad hock " dapat diajlankan iaitu acara kayuhan basikal yang paling perlahan dan lewat sekali sampai ke garisan penamat dikira pemenang. Acara ini diadakan dengan penuh ceria sekali di mana penglibatan melibatkan semua perserta. Hadiah turut disediakan bagi para pemenag dari tempat pertama sehingga kelima bagi katogori lelaki dan juga lima lagi hadiah bagi kategori perempuan. Hadiah adalah sumbangan daripada Ustaz Shahrizal.

Acara gotong-royong sempat juga diadakan bagi membersihkan surau dan sekitarnya. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat di atas kerja-kerja amal ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa anda...

Juadah sarapan pagi juga dapat disediakan kepada para peserta seperti roti canai (Hafiz), cucur pisang, cup cake, kalakatar dan air sirap.

Bagi pihak penganjur program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak penduduk taman. Pihak penganjur berharap di lain masa dapat dianjurkan lagi aktiviti seperti ini dengan penambahbaikkan bagi menjaminkan aktiviti yang bermanafaat bagi para penduduk Taman Desa Mekar Amnya dan kepada anak-anak penduduk Taman Desa Mekar Khususnya.

Dikesempatan ini pihak penganjur mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua para peserta aktiviti dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung  dalam menjayakan aktiviti ini.

Tahniah kepada Pengerusi Taman Desa Mekar dan Surau Al-Hidayah serta barisan AJK di atas usaha murni bagi menghidupkan dan menceriakan surau di taman kita...  SYABAS......

Semoaga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Amin............

Pengerusi Kayuhan Dhuha memberi taklimat tentang 
cara solat sunat Dhuha.

Peserta cilik daripada anak-anak khariah Surau Al-Hidayah.







Barisan AJK dan penduduk taman yang turut serta dalam aktiviti ini


Para peserta Khusyuk mendengar taklimat daripada Abang Din.


Solat Sunat Dhuha.


Juadah yang disediakan kepada para peserta (cucur
pisang, kalakatar, cup cake dan roti canai)




Acara memanaskan badan diketuai oleh Abang Din.







Ustaz Shukri, Marshal kayuhan basikal.



Acara kayuhan mengelilingi taman.


Pengerusi Taman menyampaikan hadiah kepada para
pemenang acara berbasikal paling perlahan.







Aktiviti gotong-royong.



Pemandangan dalam surau (ruang lelaki selepas dibersihkan)

Ruang solat wanita juga nampak bersih dan kemas.


Ruang sayap kiri surau.




Berehat selepas selesai gotong royong.









1 comment:

  1. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Moga Allah merahmati kita semua Amin....

    ReplyDelete

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA