Berikut adalah gambar-gambar di sepanjang aktiviti Kayuhan Dhuha. Sebelum acara kayuhan Dhuha diadakan terlebih dahulu para peserta menunaikan solat Sunat Dhuha, berselawat kepada junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W., acara panaskan badan dan seterusnya kayuhan basikal pun bermula.
Alhamdullillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. Cuaca pada pagi ini sungguh nyaman sekali, berikutan semasa Qiamullail diadakan pada pagi tadi hujan turun renyai-renyai sehinggalah ke pada pukul 8.00 pagi.
Semasa aktiviti Kayuhan Dhuha diadakan, cuaca baik sekali, hujan sudah pun berhenti dan susana nyaman pagi amat terasa. Di sepanjang perjalanan menggelilingi taman, suasana aman terasa kerana hari ini adalah hari cuti umum dan juga baru lepas hujan, jadi tidak ada banyak kenderaan keluar masuk ke taman.
Program ini berjalan dengan lancar sekali. sehinggakan selepas membuat pusingan menggelilingi taman, tanpa dirancang aktiviti secara "ad hock " dapat diajlankan iaitu acara kayuhan basikal yang paling perlahan dan lewat sekali sampai ke garisan penamat dikira pemenang. Acara ini diadakan dengan penuh ceria sekali di mana penglibatan melibatkan semua perserta. Hadiah turut disediakan bagi para pemenag dari tempat pertama sehingga kelima bagi katogori lelaki dan juga lima lagi hadiah bagi kategori perempuan. Hadiah adalah sumbangan daripada Ustaz Shahrizal.
Acara gotong-royong sempat juga diadakan bagi membersihkan surau dan sekitarnya. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat di atas kerja-kerja amal ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa anda...
Juadah sarapan pagi juga dapat disediakan kepada para peserta seperti roti canai (Hafiz), cucur pisang, cup cake, kalakatar dan air sirap.
Bagi pihak penganjur program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak penduduk taman. Pihak penganjur berharap di lain masa dapat dianjurkan lagi aktiviti seperti ini dengan penambahbaikkan bagi menjaminkan aktiviti yang bermanafaat bagi para penduduk Taman Desa Mekar Amnya dan kepada anak-anak penduduk Taman Desa Mekar Khususnya.
Dikesempatan ini pihak penganjur mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada semua para peserta aktiviti dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.
Tahniah kepada Pengerusi Taman Desa Mekar dan Surau Al-Hidayah serta barisan AJK di atas usaha murni bagi menghidupkan dan menceriakan surau di taman kita... SYABAS......
Semoaga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Amin............
Pengerusi Kayuhan Dhuha memberi taklimat tentang
cara solat sunat Dhuha.
Peserta cilik daripada anak-anak khariah Surau Al-Hidayah.
Barisan AJK dan penduduk taman yang turut serta dalam aktiviti ini
Para peserta Khusyuk mendengar taklimat daripada Abang Din.
Solat Sunat Dhuha.
Juadah yang disediakan kepada para peserta (cucur
pisang, kalakatar, cup cake dan roti canai)
Acara memanaskan badan diketuai oleh Abang Din.
Ustaz Shukri, Marshal kayuhan basikal.
Acara kayuhan mengelilingi taman.
Pengerusi Taman menyampaikan hadiah kepada para
pemenang acara berbasikal paling perlahan.
Aktiviti gotong-royong.
Pemandangan dalam surau (ruang lelaki selepas dibersihkan)
Ruang solat wanita juga nampak bersih dan kemas.
Ruang sayap kiri surau.
Berehat selepas selesai gotong royong.