Pada 29 Julai 2011, selepas insya' Jemaah surau dan sekitar kejiranan telah dijemput oleh En. Najib ke rumahnya kerana beliau mengadakan kenduri kesyukuran semperna menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Kami menadah tangan merafakkan rasa kesyukuran tidak terhingga kerana nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kami. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini juga dapat merapatkan silaturrahim sesama penduduk taman.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Najib , jiran-jiran dan penduduk taman yang meraikan kami di dalam majlis ini.
Berikut adalah Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada malam tersebut:
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Sharizal
Ikan bawal goreng, ayam goreng menjadi jamuan makan malam
Pengerusi taman En. Zubir, sedang khusyuk menikmati pulut durian sebagai pencuci mulut.
Ustaz shahrizal sedang melayani anak-anak menjamu selera.
Paknjang Kop tak tau nak pilih lauk ..... menunya semua sedap-sedap belaka.
Berbaris untuk mendapatkan pilihan hidangan secara buffet.
Ketua Chef taman desa Mekar, En. Agus Salim.
Chef Syukur sedang menggoreng Bawal.
No comments:
Post a Comment