Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya maka majlis pada hari ini berjalan dengan lancar. Seawal 7.00 pagi sudah rami orang berada di tempat majlis diadakan iaitu di sekitar surau Al-Hidayah. Selepas selesai bersarapan majlis aqiqah dan korban pun dimulakan pada jam 8.00 pagi. Acara penyembelihan dilakukan Oleh Ustaz Suhaili dengan dibantu oleh rakan-rakan yang berpengalaman.
Semua AJK pengelola berada di tempat majlis berlangsung di bawah seliaan Ustaz kamil dan ustaz Zaini, majlis ini berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih kepada Cikgu Zubir yang mengetuai kumpulan di bahagian menyediakan prasarana seperti khemah untuk kemudahan kerja-kerja pembahagian daging dan proses menyediakan bahan masakan.
Selepas selesai proses penyembelihan 2 ekor lembu aqiqah dan 2 ekor lembu korban, proses melapah dan mengagihkan daging korban serta daging aqiqah yang dimasak dapat dijalankan sekitar jam 12.00 tengahari.
Bahagian melapah daging yang diketuai oleh En Sulaiman dan dibantu rakan-rakan lain sungguh efficiant sekali yang membolehkan daging yang hendak dimasak dan diagihkan mentah siap pada masa yang telah ditetapkan. Dengan bantuan penimbang yang juga tidak kurang hebatnya dari vetran-vetran taman desa mekar.
Bahagian masakan di ketuai oleh En. Agus Salim yang berpengalaman luas di dalam bidang ini dan dibantu rakan-rakan lain yang sama hebatnya.
Bahagian Agihan Daging diketuai oleh En. Mazrul dan dibantu rakan-rakan lain.
Manakala bahagian yang amat penting juga iaitu penyediaan air minuman yang telah bermula sejak semalam lagi yang diuruskan oleh orang yang berpengalaman di dalam bidang ini iaitu En. Razak.
Ahli Jawatan Kuasa Pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Desa Mekar, Tuan-tuan dan Puan-puan yang mengambil bahagian dalam Majlis Aqiqah dan Korban, Anak murid Ustaz Kamil, serta semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik tuan-tuan semua...
No comments:
Post a Comment