Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya maka Surau Al-Hidayah telah mula di gunakan pada waktu subuh 1 Oktober 2010. Pada sebelah malamnya selepas solat magrib diadakan bacaan yasin. Dan sedikit jamuan di hidangkan kepada para jemaah selepas solat Insya'. Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir pada malam tersebut dan diharapkan jemaah kita akan terus bertambah dari masa ke semasa dan Insyaallah Ahli Jawatan Kuasa Surau akan Berusaha untuk mendapatkan lagi dana bagi menyiapkan lagi sebahagian surau ini bagi menampung bilangan jemaah yang akan bertambah di masa akan datang.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada individu yang menyediakan makanan dan minuman pada malam tersebut.
Disini saya mewakili AJK Surau dan Taman, mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga penduduk Taman Desa Mekar yang terus menerus memberi sokongan dalam pembinaan surau ini dari segi wang ringgit , tenaga dan sokongan moral. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan.
Kepada individu yang bertungkus lumus membanting tulang dan keringat dalam menyiapkan surau ini juga diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa tuan-tuan.
No comments:
Post a Comment