Sunday, July 18, 2010
PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR BERMULA
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Setinggi-tinggi syukur diatas limpah rahmatNya, maka pada hari ini tanggal 6 Syaaban 1431H bersamaan 18 Julai 2010, bermulalah pembinaan Surau Al-Hidayah Taman Desa Mekar, Parit Buntar.
Seawal 8.30 pagi, penduduk Taman Desa Mekar telah bersama tukang rumah yang dilantik memulakan kerja-kerja pembinaan tapak surau diatas tanah yang diwartakan sebagai tapak surau. Bersyukur sekali lagi kerana cuaca pada hari ini amat selesa sekali seolah-olah merahmati pekerjaan yang akan dilakukan pada hari ini.
Hasil gotong-royong penduduk Taman sehingga kepetang ini maka terdirilah kerangka utama surau.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment