Sunday, July 18, 2010
SUMBANGAN / WAKAF SURAU TAMAN DESA MEKAR
*SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK MEMBESARKAN PAPARAN SURAT INI*
Assalamualaikum w.w.
Kepada semua penduduk Taman Desa Mekar, Jutaan Terima kasih diucapkan diatas sumbangan / wakaf untuk pembinaan surau Al-hidayah. Kami AJK Induk dan AJK Surau amat-amat menghargai sumbangan / wakaf tuan-tuan dan puan-puan,. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Bagi pihak yang belum mewakafkan lagi duit RM 200 atau ingin mewakafkannya secara ansuran bolehlah berjumpa dengan wakil penduduk yang telah dilantik seperti tertera pada surat edaran. Dan jika ada yang ingin mewakafkan secara berterusan bagi tujuan pembinaan surau dan kelengkapannya bolehlah terus berurusan dengan pengerusi Taman Tuan Haji Kamil bin Haji Azahari.
PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR BERMULA
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Setinggi-tinggi syukur diatas limpah rahmatNya, maka pada hari ini tanggal 6 Syaaban 1431H bersamaan 18 Julai 2010, bermulalah pembinaan Surau Al-Hidayah Taman Desa Mekar, Parit Buntar.
Seawal 8.30 pagi, penduduk Taman Desa Mekar telah bersama tukang rumah yang dilantik memulakan kerja-kerja pembinaan tapak surau diatas tanah yang diwartakan sebagai tapak surau. Bersyukur sekali lagi kerana cuaca pada hari ini amat selesa sekali seolah-olah merahmati pekerjaan yang akan dilakukan pada hari ini.
Hasil gotong-royong penduduk Taman sehingga kepetang ini maka terdirilah kerangka utama surau.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.....
Subscribe to:
Posts (Atom)