Assalamualaikum w.w.
Saya mewakili AJK Induk dan Surau Taman Desa Mekar Mengucapkan Jutaan Terima kasih Kepada Semua Warga Penduduk Taman Desa Mekar di Atas Sokongan Dan Bantuan Dalam Menjayakan Majlis Malam Ramah Mesra Dan BBQ. Saya Bersyukur Kehadrat Allah S.W.T Di Atas Kejayaan Majlis ini. Insyaallah Jika Diizinkan Allah S.W.T Maka Kita Akan Mengadakan Lagi Majlis Seperti Ini Ataupun Lain-Lain Majlis Di Masa Akan Datang.
Teruskan Semangat Bermasyarakat, Bekerjasama, Bantu Membantu, Saling Menghormati Anatara Satu Sama Lain, Yang Muda Menghormati Yang Tua, Yang Tua Mengasihi Yang Muda dan sebaliknya. Jalinkan Ukhwah Sesama Kita, Mengimarahkan Lagi Surau Kita, Moga Kita Hidup Aman Sejahtera di Dalam Komuniti Kita, Sentiasa Dilindungi Dan Dirahmati Allah S.W.T Hendaknya.
Setinggi Penghargaan Kepada Pimpinan Tertinggi Kita Tuan Hj. Kamil Bin Azahari Yang Memberi Laluan Untuk Diadakan Majlis ini. Tidak Dilupakan Kepada AJK Induk dan AJK Surau Yang Merialisasikan Majlis Ini dan Tidak Dilupakan Juga Kepada Penduduk Taman Desa Mekar dalam Menghulurkan Sumbangan dan Bantuan Material Dan Tenaga Sehinggalah Selesainya Majlis ini. Diharap Agar Semangat Ini Diteruskan Lagi Sesuai Dengan Tuntutan Agama Kita,Allah S.W.T Berfirman;
انما المؤمنون اخوة فاصلحوا بين اخويكم
Artinya, Sesunguhnya orang- orang Mukmin itu bersaudara maka berbaiklah diantara saudara kamu .
No comments:
Post a Comment