Assalamualaikum w.w.
Saya mewakili AJK Induk dan Surau Taman Desa Mekar Mengucapkan Jutaan Terima kasih Kepada Semua Warga Penduduk Taman Desa Mekar di Atas Sokongan Dan Bantuan Dalam Menjayakan Majlis Malam Ramah Mesra Dan BBQ. Saya Bersyukur Kehadrat Allah S.W.T Di Atas Kejayaan Majlis ini. Insyaallah Jika Diizinkan Allah S.W.T Maka Kita Akan Mengadakan Lagi Majlis Seperti Ini Ataupun Lain-Lain Majlis Di Masa Akan Datang.
Teruskan Semangat Bermasyarakat, Bekerjasama, Bantu Membantu, Saling Menghormati Anatara Satu Sama Lain, Yang Muda Menghormati Yang Tua, Yang Tua Mengasihi Yang Muda dan sebaliknya. Jalinkan Ukhwah Sesama Kita, Mengimarahkan Lagi Surau Kita, Moga Kita Hidup Aman Sejahtera di Dalam Komuniti Kita, Sentiasa Dilindungi Dan Dirahmati Allah S.W.T Hendaknya.
Setinggi Penghargaan Kepada Pimpinan Tertinggi Kita Tuan Hj. Kamil Bin Azahari Yang Memberi Laluan Untuk Diadakan Majlis ini. Tidak Dilupakan Kepada AJK Induk dan AJK Surau Yang Merialisasikan Majlis Ini dan Tidak Dilupakan Juga Kepada Penduduk Taman Desa Mekar dalam Menghulurkan Sumbangan dan Bantuan Material Dan Tenaga Sehinggalah Selesainya Majlis ini. Diharap Agar Semangat Ini Diteruskan Lagi Sesuai Dengan Tuntutan Agama Kita,Allah S.W.T Berfirman;
انما المؤمنون اخوة فاصلحوا بين اخويكم
Artinya, Sesunguhnya orang- orang Mukmin itu bersaudara maka berbaiklah diantara saudara kamu .
Sunday, April 18, 2010
Monday, April 12, 2010
Majlis Ramah Mesra Taman Desa Mekar dan BBQ
Adalah Dimaklumkan Bahawa satu Majlis Ramah Mesra dan BBQ akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 18 April 2010
Masa : Selepas Solat Insyak
Tempat : Surau atau Padang Permainan Taman Desa Mekar.
Semua Muslimin, Muslimat dan anak-anak dijemput hadir.
Nota : 1) Jamuan makan disediakan secara gotong royong.
2) Sesiapa yang ingin menyumbang duit untuk jamuan makan bolehlah berjumpa
Tuan Mohd Fazli atau mana-mana AJK Taman dan Surau.
3) Segala sumbagan anda di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.
4) Kutipan rumah ke rumah setakat ini (dari jam 9.00 pm hingga 10.00 pm
12/4/2010)berjaya mengumpul RM 937.00.
Thursday, April 1, 2010
LANGKAH AWAL PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN DESA MEKAR, PARIT BUNTAR, PERAK.
Sebahagian daripada AJK surau dan AJK Induk Taman Desa Mekar duduk bersama-sama berbincang menyiapkan surat permohonan kepada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak, untuk mendapatkan surat kebenaran mengutip dana bagi pembinaan Surau Al-Hidayah, Taman Desa Mekar, Parit Buntar, Perak.
Disamping itu surat permohonan menukarkan status tanah rizab kerajaan kepada tanah rizab surau juga di telah buat.Hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya terus kepada Majlis Agama Islam bagi proses selanjutnya.
Semua penduduk Taman Desa Mekar amat berharap supaya pembinaan surau ini dapat dijalankan secepat mungkin setelah dana yang diperlukan mencukupi. Bagi merealisasikan harapan ini marilah kita sama-sama memberi sumbangan (wakaf) duit kepada AJK yang akan dilantik kelak khusus untuk mengutip dana bagi pembinaan Surau Al- Hidayah, Taman desa Mekar.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam menjayakan projek ini. Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)