Saturday, January 30, 2010
Tapak Surau
Salam. Semalam semasa pergi surau, saya baca sepucuk surat dari JPS mengatakan permohonan untuk mendirikan surau di tepi parit JPS di tolak. Menurut surat itu lagi sebenarnya MDK telahpun menyediakan tapak untuk pembinaan surau dan juga dewan. Jadi kalau benarlah berita itu nampaknya tak lama lagi Taman Desa Mekar akan ada surau sendiri. Pagi semalam pun semasa habis solat subuh, ada sedikit perbualan sesama jemaah lain termasuk Ustaz Kamil, En. Shahrizal, Ustaz Zaini, En.Sulaiman dan Paknjang Yaakob. Mereka akan cuba bertanyakan MDK dan mendapatkan jawapan secepat mungkin. Semoga Allah pemudahkan urusan mereka Amin.. Amin.. Ya Rabbalngalamin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment