Tuesday, July 19, 2011

KERJA-KERJA PENAMBAHAN SURAU AL-HIDAYAH SEDANG DILAKUKAN SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT BULAN ROMADHAN.

Bulan Ramadhan tidak lama lagi akan muncul. Pelbagai persiapan telah diatur sebagai pengisian di bulan yang mulia ini. Tidak ketinggalan juga penambahan ruang solat untuk kaum wanita , kanak-kanak dan juga ruang solat tambahan untuk jemaah lelaki sedang giat dijalankan.

Dengan adanya duit wakaf daripada orang ramai, maka bolehlah AJK Taman dan Surau merangcang penggunaannya. Diharap penambahan ruang ini akan memberikan ruang yang selesa kepada jemaah untuk beribadah khususnya di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini, amin....

Jika ada sesiapa yang terbaca blog ini bolehlah membuat wakaf sebagai persiapan untuk penambahan lagi ruang solat bagi menampung pertambahan penduduk taman ini.

Semoga usaha kita senantiasa di rahmati Allah, amin.....






No comments:

Post a Comment