Saturday, September 17, 2011

Senjata Kalahkan Yahudi (Rindu Rasulullah)




Rindu ini entah bagaimana
Nak diluahkan pada mu ya rasul

Telah bertahun lamanya kau tinggalkan
Kami umatmu di akhir zaman
Telah menjadi resam perjuangan
Tak dapat dihindarkan perpisahan
pemergianmu kami tangiskan
kehadiran rohmu di nantikan

Ketabahanmu ya rasul menghadapi rintangan
Meniupkan semangat menambahkan kerinduan
Pasti bersinar fajar
Islam kembali gemilang
Dengan janji Ilahi kan jadi kenyataan

Ya Rasul Ya Habiballah
Rindunya kami padamu Ya Rasul
Ya Rasul Ya Nabiyallah
Syafaatkan kami
Ummatmu di akhir zaman

Rindu ini satu kepahitan
namiun ia penuh kemanisan
Hubungkanlah rohmu dengan hati kami
Ubati hati kami kerinduan

Tok Malau ,

Ramai yang benci Yahudi kerana kezaliman mereka ... sejauh mana kecintaan dan kerinduan kita kepada Ar Rasul SAW ... Muhammad yang sangat dibenci oleh Yahudi.. Marilah suburkan rasa rindu kepada Rasulullah ... ia kuasa yang boleh mengalahkan Yahudi.

Syaitan Pasti Ketawa


Sunday, August 28, 2011





Syaitan pasti ketawa apabila kita bertemu selepas selesai Ramadhan.... :- 

1. Ramai akan bersolat sunat Aidilfitri tetapi meninggalkan solat subuh yang wajib.

2. Pagi Aidilfitri dimulakan dengan maksiat. Anak ramaja yang khayal bercinta mula mengatur temu janji untuk berdating.Sayang sekali, sebulan Ramadhan menahan diri, namum segalanya musnah di pagi Aidilfitri.

3. Ada yang bertudung litup sepanjang ramadhan tetapi buka-bukaan pada hari Lebaran. Tiba sahaja hari Lebaran pakaian yang dipilih boleh menjejaskan kehormatan. Ada yang jarang, yang ketat, yang terdedah sana sini dan aurat tidak terjaga.

4. " Hari Terbuka " penuh dengan perkara sia-sia ( lagha ) . Ziarah-mengziarahi adalah amalan mulia, apatah lagi dengan mengadakan hari terbuka agar dapat mengukuhkuhkan ukhuwah. namum apa ertinya hari terbuka yang dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh melalaikan, pergaulan tanpa batasan dengan hiburan yang keterlaluan.

5. Ada yang berjimat dalam bulan Ramadhan tetapi melakukan pelbagai pembaziran semasa menyambut Aidilfitri.

6. Ramai yang pasti akan mengumpat dan menfitnah sebagai hiburan dan pengisian acara ziarah-mengziarahi. Hal ini merupakan satu lagi dosa yang mudah kita lakukan semasa meraikan saudara mara serta rakan taulan yang datang bertandang.

7. Pasti ramai melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk agar mendapat pujian. Ini satu lagi penyakit yang melanda apabila musim perayaan. Tak kira tua mahu pun muda , masing-masing berlumba-lumba menunjuk-nunjuk mengikut cara masing-masing. Bak kata orang, " Biar Papa Asal Bergaya ".

8. Ramai akan menonton filem-filem dan rancangan hiburan yang akan merosakkan akhlak, melalui televisyen, VCD, pawagam atau lain-lain sumber. sehingga lalai untuk beribadah. 


SYAITAN PASTI KETAWA BERDEKAH-DEKAH. WALAUPUN SEBULAN SYAITAN BERCUTI , TETAPI MEREKA BAGAIKAN TETAP BEKERJA SEPANJANG BULAN! MANUSIA TETAP JAUH DARI ALLAH DAN SYURGA "



KENDURI KESYUKURAN DAN TAHLIL AHLI KHARIAH SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN DESA MEKAR.

Suasana Kenduri Kesyukuran Masuk Rumah Baru No.53 Fasa 5 :




















Suasana Kenduri Arwah di rumah Allahyarham Pakcik Satar Fasa 2 :




JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT TAMAN DESA MEKAR TAHUN 2011.

Bersyukur ke-hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatNya Majlis Jamuan Raya Peringkat Taman Desa Mekar berlangsung dengan aman dan jayanya. Saya mewakili AJK Taman dan Surau Al-Hidayah mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk taman yang telah datang untuk bergotong royong menyediakan masakan seawal 9.00 pagi lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga, juga diucapkan kepada penduduk Taman yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada YB Dato' Sham Mat Sahat, DO, Ketua Kampung yang telah sudi datang ke majlis jamuan Aidilfitri ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil di sepanjang majlis berlangsung:

































MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA