Saturday, July 30, 2011

CERAMAH AGAMA SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Hari ini, tanggal 30 Julai 2011, bersamaan 28 Syaaban 1432 Hijrah, telah berlangsungnya Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Shukri bin Osman selepas solat maghrib.

Sambutan yang amat memberangsangkan telah ditunjukkan oleh ahli qariah surau Al-Hidayah. Para jemaah ashik/ khusyuk mendengar ceramah sehinggakan sejam telah berlalu, tetapi rasa baru setengah jam. Pada malam ini juga Ustaz Shukri telah melancarkan tabung surau, sempena bulan ramadhan yang hampir tiba, beliau sarankan agar para jemaah boleh mula bersedekah di dalam bulan ramadhan, kerana banyak fadilatnya.

Setelah ceramah selesai para hadirin terus solat insya' berjemaah. Selepas selesai bacaan doa jamuan makan malam telah disediakan untuk semua tetamu dan ahli jemaah taman.

Barisan AJK Taman mengucapkan rasa kesyukuran kehadrad Allah S.W.T, kerana majlis ini berjalan lancar sehingga kehujungnya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Khariah Surau Al-Hidayah, Taman Desa Mekar diatas sokongan yang diberikan.

Berikut Adalah Gambar-gambar di sepanjang perjalanan majlis pada malam ini :





Lain-lain gambar akan menyusul kemudian....




KENDURI KESYUKURAN DI RUMAH NAJIB FASA 2.

Pada 29 Julai 2011, selepas insya' Jemaah surau dan sekitar kejiranan telah dijemput oleh En. Najib ke rumahnya kerana beliau mengadakan kenduri kesyukuran semperna menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Kami menadah tangan merafakkan rasa kesyukuran tidak terhingga kerana nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kami. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini juga dapat merapatkan silaturrahim sesama penduduk taman.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Najib , jiran-jiran dan penduduk taman yang meraikan kami di dalam majlis ini.

Berikut adalah Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada malam tersebut:




Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Sharizal

Ikan bawal goreng, ayam goreng menjadi jamuan makan malam



Pengerusi taman En. Zubir, sedang khusyuk menikmati pulut durian sebagai pencuci mulut.

Chef-chef yang hebat....

Ustaz shahrizal sedang melayani anak-anak menjamu selera.

Paknjang Kop tak tau nak pilih lauk ..... menunya semua sedap-sedap belaka.


Berbaris untuk mendapatkan pilihan hidangan secara buffet.

Ketua Chef taman desa Mekar, En. Agus Salim.

Chef Syukur sedang menggoreng Bawal.




Tuesday, July 19, 2011

KERJA-KERJA PENAMBAHAN SURAU AL-HIDAYAH SEDANG DILAKUKAN SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT BULAN ROMADHAN.

Bulan Ramadhan tidak lama lagi akan muncul. Pelbagai persiapan telah diatur sebagai pengisian di bulan yang mulia ini. Tidak ketinggalan juga penambahan ruang solat untuk kaum wanita , kanak-kanak dan juga ruang solat tambahan untuk jemaah lelaki sedang giat dijalankan.

Dengan adanya duit wakaf daripada orang ramai, maka bolehlah AJK Taman dan Surau merangcang penggunaannya. Diharap penambahan ruang ini akan memberikan ruang yang selesa kepada jemaah untuk beribadah khususnya di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini, amin....

Jika ada sesiapa yang terbaca blog ini bolehlah membuat wakaf sebagai persiapan untuk penambahan lagi ruang solat bagi menampung pertambahan penduduk taman ini.

Semoga usaha kita senantiasa di rahmati Allah, amin.....






SAMBUTAN MALAM NISFU SYAABAN

Tanggal 14 Syaaban 1432 bersamaan 16 July 2011, bertempat di Surau Al-Hidayah selepas solat Maghrib telah diadakan bacaan Yasin bersempena sambutan Nisfu Syaaban. Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Kamil bin Azahari manakala Jamuan makan telah disponser oleh En. Azahari dan juga Tn. Haji (pemilik rumah no. 20 yang baru pindah).

Berikut adalah rakaman gambar di sepanjang majlis berlangsung:















KENDURI KESYUKURAN DAN TAHLIL DI RUMAH AHLI KARIAH SURAU AL-HIDAYAH.

Pada hari sabtu yang lalu, 16 Julai 2011 bersamaan 14 syaaban 1432 telah berlangsungnya satu majlis kesyukuran dan bacaan tahlil di rumah bernombor 20, milik ahli jemaah Qariah Surau Al-Hidayah yang baru berpindah ke sini.

berikut adalah suasana pada majlis tersebut yang begitu meriah sekali yang dihadiri oleh ahli jemaah surau, sanak saudara dan sahabat handai :











MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA