Thursday, October 21, 2010

MAJLIS ILMU BERSAMA USTAZ NAIM.




Alhamdulillah, Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, maka Surau Al-Hidayah, Taman desa Mekar dapat mengadakan satu Majlis Ilmu pada 21 Oktober 2010 selepas solat Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim. Harapan daripada AJK Surau agar majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang Insyaallah.


Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."




KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azzawa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu. "

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."

(hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)




Thursday, October 14, 2010

KEDUDUKAN KEWANGAN SURAU AL-HIDAYAH YANG TERKINI


Untuk makluman Ahli Khariah surau Al-Hidayah Taman desa Mekar. Sehingga disaat penulisan ini, duit surau Al-hidayah berbaki RM 205.60.

Jadi kepada sesiapa yang ingin mewakafkan duit bagi kerja-kerja menyambung pembinaan surau ini yang terhenti sehingga siap boleh lah berhubung dengan mana-mana AJK surau atau masukkan ke dalam akaun Bank Islam seperti tertera di dalam blog ini.

Semoga dengan sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan surau ini dapat menampung lebih ramai lagi jemaah dimasa-masa akan datang. Buat masa kini ruang solat utama hanya memuatkan seramai 40 jemaah pada satu-satu masa dan terdiri dari kalangan jemaah lelaki. Harapan dengan siapnya surau ini kelak ia juga dapat menampung jemaah wanita dan kanak-kanak.


Menurut ijma’ ulama , hukum segala jenis pemberian, samaada atas nama sedekah, hibah, hadiah, derma atau sebarang bantuan adalah sunat kerana pemberian itu satu kebajikan, ketaatan dan belas kasihan. Di samping itu ia juga dapat menzahirkan sikap kasih saying, mengeratkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama manusia. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran , sebagaimana firman Allah:



وتعاونوا على البر والتقوى

(سورة المائدة: 2)

Tafsirnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.”
( Surah al-Maidah: 2)
Galakan Sikap Suka Memberi.

Galakan suka memberi itu juga ada di sebutkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam di dalam hadis-hadis Baginda supaya umatnya sentiasa berkasih saying sesama mereka. Hal ini digambarkan oleh Baginda dalam sabdanya:

تصافحوا يذهب الغل وتهادوا تحابوا وتذهب السحناء

(رواه مالك)

Maksudnya: “Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki ( iri hati) dan beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan.”

(Hadis riwayat Malik)
Sikap saling memberi dapat melahirkan kasih saying sekalipun pemberian itu kecil, kerana pemberian yang kecil atau sedikit bukanlah suatu kehinaan di sisi Allah, bahkan ia akan tetap mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNya. Perkara yang penting bahawa pemberian itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, kerana ikhlas itu roh pemberian. Pemberian yang tidak ikhlas seperti ada tujuan lain di sebalik pemberian itu, berpura-pura atau ria' adalah tidak berguna. Perkara pemberian walau sekecil manapun disebut melaui sabda Baginda :

يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولو فرسن شاة

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Wahai perempuan-perempuan muslimat, janganlah kamu menghina seorang jiran (yang menghadiahkan) kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Di antara hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang lain menggambarkan galakan tentang sikap suka memberi itu ialah :

خرج النبي صلى الله عليه وسلم يوم عيد فصلى ركعتين لم يصل قبل ولا بعد ، ثم مال على النساء ومعه بلال فوعظهن أن يتصدقن فجعلت المرأة تلقى القلب والخرص

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Nabi Shallallahu alaihi wasallam suatu hari keluar untuk mengerjakan sembahyang Hari Raya, lalu Baginda bersembahyang dua Rakaat. Dan Baginda tidak pernah melakukan sembahyang Hari Raya sebelum ia di perintahkan dan sekalipun selepasnya.kemudian Baginda dan bersamanya Bilal pergi ke tempat sekumpulan perempuan dan menyuruh mereka agar bersedekah, (maka atas perintah itu) seorang perempuan menanggalkan gelang dan kalungnya (untuk disedekahkan).”

(Hadis riwayat Bukhari)
Sabda baginda lagi ketika di atas Mimbar :

وذكر الصدقة والتعفف والسألة اليد العليا خير من اليد السفلى فاليد العليا هى المنفقة والسفلى هى السائلة

(رواه البخاري)

Maksudnya: “Dan baginda menyebutkan tentang sedekah, menjaga kehormatan diri, dan tentang meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Maka tangan di atas itu adalah yang memberikan nafkah sedang tanagn yang di bawah adalah yang meminta.

(Hadis riwayat Bukhari)

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH



Untuk makluman para ahli khariah Taman Desa Mekar, Pada tahun ini taman kita akan mengadakan Ibadah Qurban dan Aqiqah sempena Hari raya Korban.

Berikut adalah status bahagian yang telah diambil oleh ahli kariah Taman Desa Mekar:

Qurban :

Lembu pertama : penuh

Lembu kedua : masih ada 4 bahagian

Aqiqah :

Lembu pertama : penuh

Lembu kedua : masih ada 4 bahagian


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah berhubung dengan En. Mazrul, Ustaz Kamil dan En. Shamsul x-ray.

Ibadah Qurban dan Aqiqah ini juga terbuka kepada Indivividu lain yang tidak tinggal di Taman Desa Mekar tetapi berminat untuk menyertainya.

KULIAH MAGHRIB


Surau Al-Hidayah, Taman Desa Mekar akan menganjurkan Kuliah Maghrib seperti berikut :

Tarikh : 21 / 10 / 2010

Hari : Khamis

Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Naim

Dengan itu, Muslimin dijemput hadir.


Monday, October 4, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN DI SURAU AL-HIDAYAH BARU.


Satu Majlis Bacaan Yasin telah diadakan pada 1 Oktober 2010 selepas solat Magrib. Bacaan Yasin ini di ketuai oleh Pengerusi surau iaitu Ustaz Zaini.













PENGUNAAN SURAU BARU PADA 1 OKTOBER 2010


Bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya maka Surau Al-Hidayah telah mula di gunakan pada waktu subuh 1 Oktober 2010. Pada sebelah malamnya selepas solat magrib diadakan bacaan yasin. Dan sedikit jamuan di hidangkan kepada para jemaah selepas solat Insya'. Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir pada malam tersebut dan diharapkan jemaah kita akan terus bertambah dari masa ke semasa dan Insyaallah Ahli Jawatan Kuasa Surau akan Berusaha untuk mendapatkan lagi dana bagi menyiapkan lagi sebahagian surau ini bagi menampung bilangan jemaah yang akan bertambah di masa akan datang.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada individu yang menyediakan makanan dan minuman pada malam tersebut.

Disini saya mewakili AJK Surau dan Taman, mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga penduduk Taman Desa Mekar yang terus menerus memberi sokongan dalam pembinaan surau ini dari segi wang ringgit , tenaga dan sokongan moral. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan.

Kepada individu yang bertungkus lumus membanting tulang dan keringat dalam menyiapkan surau ini juga diucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa tuan-tuan.




MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA