Tuesday, March 23, 2010

Sifat Pemimpin Sejati

1. Relationship, sifat pemimpin sejati harus mampu membina jalinan pendekatan yang jujur dengan kakitangan hingga terbangun perasaan saling menghargai dan mempercayai.

2. Optimis, pemimpin sejati harus mampu bersikap optimis dan pantang menyerah. Sikap panik dan pesimistis hanya akan membuatkan konsentarasi kakitangan lainnya terganggu, hingga akan menyukarkan kita mencapai kejayaan.

3. Percaya diri, sifat pemimpin sejati adalah percaya pada kemampuan diri sendiri dan mampu membangun rasa percaya diri kakitangan sendiri. Berbagai pengalaman dan pembahagian tugas sesuai dengan kemampuan merupakan salah satu cara membina dan membangun rasa percaya kepada diri kakitangan supaya dapat bekerjasama.

4. Stabil, tenang, berwibawa dan mampu mengendalikan emosi agar tetap stabil adalah salah sifat pemimpin sejati. teguh hari dan jadilah diri kita sendiri.

5. Komunikatif, menjalin dialog dengan kakitangan, mendengarkan setiap pendapat dari kakitangan masing-masing hingga dapat mengelak hal-hal negatif sebaik mungkin dan mengutamakan kepentingan kumpulan lebih daripada kepentingan pribadi juga termasuk salah satu sifat pemimpin sejati.

6. Berjiwa besar, terbuka untuk setiap pendapat, masukan dan kritikan dan pandangan baru dari anggota kumpulan lainnya hingga kita dapat dengan cepat menerima perubahan yang terjadi di lingkungan sekitar demi meraih kejayaan. Siap menghadapi perubahan adalah salah satu sifat pemimpin sejati.

7. Mengembangkan diri, mengikuti seminar, memperdalam ilmu dan kemampuan hingga meningkatkan kualiti diri adalah salah satu sifat dari pemimpin sejati. Seorang pemimpin hendaknya menguasai semua aspek dari bidang yang diceburinya.

Dengan jiwa dan sifat kepemimpinan sejati, jadikanlah diri kita pribadi yang layak diteladani dan dicontoh

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010

MAJLIS AQIQAH DAN KORBAN 2010/2

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA HARI NUZUL AL-QURAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PADA 27 OGOS 2010 (HARI NUZUL AL-QURAN)

GOTONG ROYONG MEMBINA LALUAN CONCREAT KE SURAU BARU.

MORE LEPAS TARAWIH MALAM PERTAMA SPONSERED BY SAUDARA AGUS SALIM.

GOTONG-ROYONG PASANG KHEMAH DAN CUCI SURAU SEBAGAI PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT JALAN KE SURAU BARU DAN MENAMBAH RUANG SOLAT UNTUK JEMAAH WANITA.

MESYUARAT AJK SURAU DAN AHLI KHARIAH BAGI MERANCANG AKTIVITI DI DALAM BULAN RAMADHAN.

GOTONG-ROYONG MEMBINA SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 18 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MEMBUAT LALUAN KE TAPAK PEMBINAAN SURAU PADA 15 JULAI 2010.

GOTONG-ROYONG MENGASING DAN MENYUSUN KAYU YANG HENDAK DIGUNAKAN PADA 13 JULAI 2010.

PERBINCANGAN BAGI MENGUMPUL DANA PEMBINAAN SURAU AL-HIDAYAH TAMAN DESA MEKAR PADA 12 JULY 2010.

PERJUMPAAN AJK TDM DENGAN PBBJ SDN.BHD.

MINI BBQ LEPAS BACAAN YASIN (MALAM JUMAAT)

RUNTUH KHEMAH

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 4

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 3

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ 2

MALAM RAMAH MESRA DAN BBQ

BBQ

Gambar Kenangan Semasa Ceramah Maulidur Rasul dan Kuliah Subuh 25-26 Februari 2010..

MASAK BUBUR LAMBUK DAN BUBUR ASYURA